Wednesday, May 6, 2020

PAST FORM [PART 2]

Bezakan cara bunyi di bawah:
I look at you everyday (look at disini - connection tu bunyi k)
I looked at you yesterday (looked at disini - connection tu bunyi t) (disini nak bunyi t atau d ye? to confirm)

Saya nak beritahu walaupun bila cerita past tense tapi datang juga base form! Bila tu?
Verb kedua selepas did/didn't adalah base form

Jawapan untuk mengiyakan dan menafikan perkara yang lepas:

Did she say it? (Selepas DID mesti base form) - nak soal untuk perkara lepas
Yes, she said it (tak nafi guna past form)
No, she didn't (nafi guna didn't) say (base form - mesti wajib guna dan kembali kepada asalnya) it yesterday

Yesterday I loved you > I did love you (Selepas DID mesti base form) (adakah maksud ini sama?)

Apa itu didn't?
Bila nak guna did not? bila nak guna didn't

I didn't understand
I didn't love you
I hated you - I did hate you - I didn't hate you
He didn't want to drink the water (dia tak nak minum pada waktu yang lepas)

Kenapa nak tukar don't kepada didn't? kenapa guna didn't?  kenapa tak guna doesn't?
Sebab cerita mengenai sesuatu yang berlaku di masa lepas
KENA TENGOK MASA
kita nak soal yang sekarang ke yang lepas?

Apa beza did not dan didn't?
*beza yang paling penting semasa bercakap guna > didn't, jangan guna did not semasa bercakap!
*mesti guna did not  untuk formal

Past form + verb (tidak guna was/had) untuk cara menjawab perkata yang dah lepas
+ They drank
- They didn't drink
+ We came
- We didn't come
+ I ate it
- I didn't eat it
+ You followed me
- You didn't follow me

Practice buat ayat dibawah:
1- Tidak, Munah tidak minum malam tadi dan ibunya makan dengannya disana
2- Tidak, awak tidak menyanyi lagi tetapi awak menjerit dengan kuat di situ pagi tadi
3- Tidak, kami tidak datang kemari bulan lepas tetapi kami tidur dirumah kawan-kawan
4- Tidak, saya tidak berlari di padang itu petang tadi dan kami semua tidak bermain disitu
5- Tidak, awak berdiri disini lagi walaupun kita tidak bermimpi bersama-sama
6- Tidak, dia (P) tidak tulis dibuku ini pagi tadi jadi kawannya tidak baca surat khabar itu

Practice to speak!!
everyday i forget
last week i forgot

everyday i remember
yesterday i remembered

Last night you observed me

Everyday i think about it
yesterday thought about it

everyday i hear his words one by one
yesterday i heard his words one by one

Note:
Mesti tahu ya noun tiada yang ada -ed. 
Dan ada DUA kegunaan ED
1) ED adalah PAST FORM digunakan sebagai PAST TENSE (Verb)
2) ED juga adalah ADJECTIVE, Bukan semua ed digunakan oleh Past Tense ye! Jgn macam2. I am tired. Ini sah sah bukan past tense ye. Buang mindset yg semua ed adalah past tense terus dari dalam minda anda ok?

Tuesday, May 5, 2020

PAST FORM

Bila kita nak guna past form? mesti ramai akan jawab perkara yang sudah berlaku/perkara yang lepas. Tapi tahukah anda. Ada juga yang sudah berlaku tapi kita tak boleh guna past form. haa? yeke? Dan perkara yang sudah berlaku ada 10 jenis ya.

Ada juga past form tapi tidak berlaku diwaktu lepas. Bila kita perlu guna past form tapi bukan berlaku pada masa lepas?
1- Hayalan - apa2 jenis fantasi hayalan yang dah berlaku, belum berlaku mesti guna past form
If I were you
Rupa-rupanya PAST FORM digunakan walaupun perbuatan itu BELUM PERNAH dan TIDAK berlaku pun! 

2- Past form digunakan juga untuk bersopan santun
Could you come here for a while please (Could adalah past tense untuk can)
Would you come to my house tonight (Would adalah past tense untuk will)

Jadi bila kita perlu guna past form?

3- Kita wajib guna past form untuk salah satu jenis perbuatan berikut:
3.1- telah sempurna berlaku (kalau tak pasti dah lepas ke belum JANGAN GUNA past form)
YES! Perfect!
*******Peristiwa atau kejadian (aktiviti) itu MESTILAH telah selesai dah tamat dah beres dah settled. 
*******Minta tolong JANGAN guna PAST TENSE* jika kejadian, pergerakan dan aktiviti itu *BELUM TAMAT atau belum sempurna* belum berakhir walaupun sudah berlaku sejak beribu2 tahun yang lepas. Boleh?

3.2- Pada satu waktu terdahulu
******* pada waktu terdahulu. Bukan esok lusa, bukan sedang berlaku, bukan perbuatan berulang, bukan keadaan sekarang, bukan kebiasaan bukan lumrah. OK?

3.3- di waktu tertentu yang "DISEBUT" atau "DIFAHAMI" - ditentukan/ditetapkan/dinyatakan/difahami - satu sejarah
Note:
Do/does jadi did (digunakan oleh semua i/you/they/we/he/she/it/the cat/ahmad - DID)
Past - is jadi was

When? Pada waktu itu yang tertentu dan disebut seperti dibawah:

  • Last night - malam semalam
  • Yesterday - Semalam/kelmarin
  • Just now - Sebentar tadi
  • This morning - Pagi tadi
  • This evening - Malam tadi
  • Last week - Minggu lepas
  • Last month - Bulan lepas
  • Last year - Tahun lepas
  • Last time - Masa lalu
  • Last sunday - Ahad lepas
  • In the past - Dimasa lalu
  • One hour ago - sejam lepas
  • Before this - sebelum ini
  • at that time - pada masa itu
*******Waktu kejadian dan pekerjaan itu berlaku ATAU masa aktiviti itu dilaksanakan & dibuat hendaklah sama ada "disebut dengan jelas"  atau difahami (tidak disebut tapi semua orang dapat bayangkan atau tahu bila tarikh dan waktu ianya berlaku)
a) Tidak perlu tulis yesterday yesterday yesterday 100 kali dalam satu cerita. Sebut sekali cukup ye
b) untuk novel, cerpen dan puisi dan lirik lagu, sudah tentu TIDAK DITULIS tarikh tepat tetapi automatik difahami bahawa ia adalah satu kesah silam berlaku sama ada beberapa jam yang lepas atau beberapa hari yg lalu atau beberapa minggu yang lampau atau beberapa tahun yg lepas atau beberapa kurun yang lampau. "Once upon a time" secara automatik *difahami* sebagai "masa yang dulu - telah berlalu) 
c) Untuk akhbar, sejarah, laporan, dokumen dan journal, sudah tentu tarikh, bulan dan tahun peristiwa itu berlaku jelas terang2 di tulis besar-besar. Sebut sahaja tahun 2006, 'eat' ditukar jadi ATE, Sebut sahaja 31 Ogos 1957, maka wajib fimestikan (fardhu ain) tukar "meet" jadi MET dan "cook" jadi COOKED.

Tahukah anda, MatSalleh terus faham bahawa "I went to your house but you left me alone after that" adalah cerita pada suatu ketika dahulu yang dah selesai dah tamat dah, satu sejarah silam, walaupun tidak disebut masa

Tahukah anda, MatSalleh terus faham bahawa "I go to your house but you always leave me alone"  adalah satu kenyataan lumrah perangai yang diulang-ulang, bukan sejarah - walaupun tidak disebut masa

Dan ada 3 jenis bunyi past form
1- Bunyi 'dek' - (macam buat dekk gitu..haha macam qalqolah untuk huruf dal mati)
received, played out, pulled out, heard it, laughed at, stayed in, moved out, smiled, lived it, saved, climbed up, arrived in

2- Bunyi 't' - (macam bunyi huruf ta mati)
jumped at, walked up, washed in, watched out, cooked up, pushed in, looked at, kicked up, picked up

3- Bunyi penuh - (bila belakang ada d dgn t)
wanted, commited, polluted, visited, vomited, invited, scolded

10 cara untuk menukar base form kepada past form:
1- Letak -ed (cooked, climbed, jumped)
2- Tukar y - ied (fried, cried, tried, dried)
3- Tukar ay - id (laid, paid)
4- Tambah d (lived, saved, moved, received, smiled, heard, arrived)
5- double huruf yang terakhir (preferred, trimmed, dropped)
6- tidak berubah (put, hit, spit, cut, shut, split, hurt, fit) - ada dalam 20 perkataan shj *boleh google
7- ejaan sama tapi bunyi berbeza (read)
8- irregular,cara tak tentu (took, stood, flew, threw, told, spoke, wrote, kept, swept, slept, fell, met, sat, ran, sang, drank, swam, came, made, ate, gave, saw, got, thought,catch - caught)
9- tekankan huruf t atau r (occured, committed)
10-

Boleh berikan lagi yang ke 10 sebagai kerja rumah? ;D

Contoh past form:
  1. I did it yesterday
  2. I pulled it here yesterday
  3. They pushed it there last nigh
  4. She cooked rice last week
  5. He looked here 3 minutes ago
  6. You scolded me last year
  7. Prof miza wanted to come yesterday
  8. Last monday dr lisa watched it here
  9. Last month he invited here
Note:
*Kita perlu faham yang -ed bukan hanya past form -ed juga digunakan untuk adjective.
*Past Form adalah VERB. Bila ada past form, ayat itu dianggap "ada verb". Dilarang meletak VERB TO BE (is, are, am, was, were) jika sudah ada verb.
**HAD adalah sama dengan HAVE - tetapi HAD adalah PAST FORM
I had a car yesterday. Now i only HAVE a bicycle!
**Bagaimana dengan WAS & WERE?
Senang jer. Kenapa menyusahkan diri? Tidak perlu peningkan kepala ye.

*WAS adalah Past Form untuk IS dan AM*
*WERE adalah Past Form untuk ARE*

Itu sahaja. Alangkah senangnya, mengapa harus anda garu kepala?

Gunakan WAS atau WERE hanya pada ketika anda diwajibkan mesti gunakan IS ARE AM - iaitu? Ye, pada ayat yang TIDAK ADA VERB. Boleh?

Now i happy ❌ today you sad ❌this month she good ❌
Now I *am* happy ✅ 🎁 today you *are* sad  ✅ 🎁this month she *is* good  ✅🎁

Now i WAS happy 😳πŸ˜₯❌ today you WERE sad  😳πŸ˜₯❌this month she WAS good  😳πŸ˜₯❌

Yesterday I *was* happy ✅ 🎁 last night  you *were* sad  ✅ 🎁 last week she *was* good  ✅🎁
**Dengan membaca dan memahami ayat-ayat ini seharusnya anda sudah boleh jadi pakar "IS ARE AM WAS WERE"
πŸ‘‡
i *was* strong before and now i *am* weak but she *was* in Kedah last week, suddenly she *is* here today? *Were* you there with her last week and *are* you here with me now?

Kenapa  guna "IS ARE AM WAS WERE" bergilir2 pada ayat di atas? Saya minat WAS, kalau semua guna WAS shj takleh ke?

Wednesday, April 29, 2020

Ada Berapa Cara Untuk Bertanya?

Sebelum bertanya kita kena pastikan:
1- Kita Nak Tahu Masa Untuk Bila (Bila Masanya? Yang kita nak tahu)

  • masanya berulang (everyday)
  • masa sedang (NOW)
  • masa sudah (yesterday) - Yang ini ada 10 cara untuk bertanya *tapi kita akan masterkan dahulu base form/ing form ye.
  • masa akan
  • Masa tu dah ke belum?
2- Siapa yang ingin ditanya
  • I, you, they, we
  • He, she, it, ahmad, the director
Contohnya kita nak tanya dekat kuala lumpur hari-hari hujan tak?

Perbuatan berulang kita mesti wajib guna DO/DOES. Ingat kalau berulang guna DO/DOES iaitu dalam bentuk base form dan jangan sekali-kali ada IS/ARE/AM

Does it rain in Kuala Lumpur?
Yes, it rains everyday

Macam mana kalau kita nak tanya dekat kuala lumpur hujan ke sekarang?

Yang ni kita wajib guna -ING form. Ingat nak guna -ING form mesti pair dengan IS/ARE/AM. Untuk perbuatan sekarang tak boleh pakai DO/DOES yer! 

Is it raining in Kuala Lumpur?
Yes, it is raining now

Is she eating now? Ada do tak? tak da kan? kerana eating bukan verb. Apa-apa yang sekarang dan -ING mat saleh tak anggap dia verb. 

DO dan IS disini maksud dia sama iaitu adakah.

Kesimpulannya bagaimanakah cara nak bertanya?
Ada banyak cara nak bertanya dan adakah ada lebih 10 cara nak tanya.





Ada Juga Perkataan yang VERB dan NOUN nya sama

Senarai perkataan yang verb dan noun dia sama

Drink
I drink it everyday (drink disini adalah verb - minum)
I need some hot drink (drink disini adalah noun)

Rain
Does it rain in Kuala Lumpur? It rains everyday/It may rain everyday (rain - verb)
I like rain. The rain is heavy (rain - noun)

Damage
I damage it everyday
This is a damage 

Ada lagi? kalau ada tolong share dibawah ya


Tuesday, April 28, 2020

Adjectives Bertukar Menjadi Adverbs

Adverb - menerangkan bagaimana perbuatan atau pekerjaan itu dilakukan

Berlari - macam mana dia berlari?
Berjalan - macam mana dia berjalan?
Makan - macam mana dia makan?

Ada 2 cara nak tukar adjective kepada Adverb:

1- Letak -LY (-dengan) boleh tukar ADJECTIVES menjadi ADVERB

Slowly - dengan perlahan (perlahan-perlahan)
Loudly - dengan bising (kuat-kuat)
Quickly - dengan cepat (cepat-cepat)
Carefully - dengan cermat (cermat-cermat)
Clearly - dengan jelas (jelas-jelas)
Softly - dengan lembut (lembut-lembut)
Kindly - dengan baik (baik-baik)
Nicely - dengan elok (elok-elok)
Happily - dengan gembira

Example:
She sings nicely
She eats happily
He walks slowly
Everyday I eat quickly
I hardly know her - saya tak berapa tahu dia (hard ada 2 makna: keras *i work hard/susah *this question is so hard/tak berapa *i can hardly see the slide)

2- Adverb tanpa letak -LY

  • Fast - he drove the car fast
  • Low - the helicopter flew low over the trees
  • Early - i wake up early
  • Hard - she works hard


NOTE:
Ada juga yang ada -LY tapi bukan adverb (maksud dia lain):

  1. he can hardly seen (tak berapa)
  2. lately she arrives late (baru-baru ini/kebelakangan ini)
  3. It is highly recommended (sangat)


Thursday, April 23, 2020

Apa maksud ON? Ada lebih 30 maksud yang MESTI kita kuasai

Kuasai maksud ON untuk Mantapkan bahasa Inggeris Anda! Ada banyak tau maksud on menurut kamus dewan bahasa. Kalau kita dapat menguasi ON ni english kita nampak padu beb!

1-terus
 move on (bergerak terus)

2-memakai
Can i try this shirt on?
Do try it on.
Have nothing on (tiada memakai apa-apa)

3-berjalan
Is the machine on?
What's on the screen?

4-terpasang
All the lights were on
Please switch on the light (Tolong pasang suis lampu tersebut)

5-terbuka
The tap water is on

6-diadakan
The sale will be on tomorrow.

7-pada
She is on my right.
Is there anything on the wall?
the lake looks small on the map.
On tuesday morning
On the following day
He starts work on 9th Sept
you can see the mount on a clear day
She puts a smile on her face.

8-diatas
There's a pen on that table (di atas)
The book is on the floor
He sat on the bench.
you'll look gorgeous on stage

9-mengenai/tentang/berkenaan
Let's concentrate on this case
you must seek expert advice on this (awak mesti mendapatkan nasihat pakar tentang perkara ini)

10-on and on (tak henti henti)
she speaks on and on about it until everyone is sick of the subject

11-sedikit
please go further on. sila pergi jauh sedikit

12-sekejap lg/tidak lama kemudian (later on)
i'll speak to you later on
Later on, she was seen leaving the house

13-diikat dengan/terikat/tergantung
the dog was on a leash (anjing tersebut diikat dengan tali)

14-dalam
look on the map (tengok dalam peta)
one of the items on the agenda (salah satu perkara dalam agenda)
all passengers on the plane complained about the poor service
have you seen her on television
on your way home, please get me some food
Are you on your way coming here?

15-ke/keatas (onto)
if you drop it onto the floor it will smash to smithereens
i splash some cold water onto her face

16-sebaik sahaja
On hearing the crash, he rushed out of the house
he died on arrival at the hospital (dia meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital)

17- dengan (alat muzik)
an instrumental song played on the guitar (lagu instrumental yang dimainkan dengan guitar)

18-kerana terkena (sebab kena)
he cut himself on a piece of broken glass (dia luka kerana terkena serpihan kaca)

19-dengan menggunakan
a car that runs on solar power (kereta yang bergerak dengan menggunakan kuasa solar)

20-melalui
i just spoke to her on the telephone (saya baru bercakap dengan dia melalui telefon)

21-DI
She puts a smile on her face.
have you seen her on television
the city is on the east coast

22-secara
he bought his car on credit (dia membeli keretanya secara credit)
they got married on the quiet (mereka berkahwin secara senyap)
they give the money on secret
the farm is not run on a commercial basis (ladang itu tidak diuruskan secara komersial)

23-mendapat/bergantung hidup pada
are you on scholarship
they are on welfare (mereka bergantung hidup pada bantuan kebajikan)
since he lost his job, he has been living on his brother
she makes enough from her writing to live on it (dia membuat duit yang cukup daripada penulisannya untuk bergantung hidup)

24-menggunakan
he went around the world on the money his late mother had left him

25-makan/ketagihan
are you on the pill?
he is on drugs

26-sedang
the building is on fire
the kettle is on the boil

27-dengan memakan/meminum
they live mostly on vegetables from the garden
she cant fasting with just on a glass of water

28-based on (berdasarkan)
you will be judged based on your performance

29-dengan
he did it on purpose (dia melakukannya dengan sengaja)

30-atas (atas nasihat/atas tuduhan)
he was arrested on a charge of killing (dia ditangkap atas tuduhan membunuh)
they are acting on legal advice (mereka bertindak atas nasihat guaman)
to charge interest on the loan (mengenakan faedah

31-akan membayar
the drinks are on me (sy akan membayar minuman ini)
its on me (sy akan membayarnya)

32-terhadap
the pressure you put on him is enormous (tekanan yang kamu berikan terhadapnya sangat berat)
it doesn't affect on company reputation
such attacks on me is unacceptable (serangan sedemikian terhadap saya tidak boleh diterima)

33-tertumpu kepada
all eyes are on him
your mind are not on your work








Wednesday, April 22, 2020

Let's TRANSLATE Lagu - GIRL ON FIRE

Ramai yang kata nak belajar english dengan movie, lagu. 
Kalau tanya saya boleh tapi selepas kita benar-benar faham grammar/ FORMULA english.
SEBAB apa? Sebab bahasa inggeris punya grammar tak pernah lain. Dia TETAP. Mereka SANGAT menjaga grammar mereka. Kalau kita tak betul-betul jaga grammar maka jadilah bahasa broken dan memang kita takkan nampak perubahan dalam menguasai bahasa ini. 
Formula bahasa inggeris ini yang kita perlu perkasakan sebenarnya. TAK banyak pun sebenarnya FORMULA yang kita perlu ingat dan tahu. TAPI kebanyakan kita tak suka FORMULA. 
Dengan FORMULA yang betul datanglah apa sahaja ayat yang kita nak bina dia akan lebih mudah. Believe me! dan ada lagi satu syarat! Kita WAJIB belajar SEMUA formula dan tanam terus dalam minda kita formula-formula itu. INI proses yang wajib jika kita betul-betul nak maju selangkah kehadapan.
Kita dah belajar berpuluh tahun sebenarnya banyak vocab yang kita dah tahu. Tapi masih tunggang langgang bila buat ayat kan. Sebab apa? Sebab kita skip the foundation of the language itself.

Ok let's go to this song - Girl on Fire
She'S just a girl, and she'S on fire
Dia hanya seorang gadis dan dia "membara" (ini bahasa kiasan menunjukkan gadis itu "sangat hot, full of energy")
Hotter than A fantasy, longer like A highway
Lebih panas daripada sebuah fantasi, lebih panjang seperti sebuah hiway
She's living in a world, and it's on fire
Dia sedang hidup dalam sebuah dunia and ianya membakar
Filled with catastrophe, but she knows she can fly away
Di isi dengan malapetaka/bencana, tapi dia tahu dia boleh terbang jauh

Oh, she got both feet on the ground
Oh, kedua-dua kakinya di tanah

And she's burning it down
dan dia sedang menghancurkannya

Oh, she got her head in the clouds
Oh, kepalanya dalam awan-awan

And she's not backing down
Dan dia tidak mengalah
This girl is on fire
This girl is on fire
Gadis ini "membara"

She's walking on fire
Dia sedang berjalan diatas api

This girl is on fire
Looks like a girl, but she's a flame
Kelihatan seperti seorang gadis, but dia suatu nyalaan

So bright, she can burn your eyes
sangat terang, dia boleh membakar matamu

Better look the other way
lebih baik lihat kearah lain

You can try but you'll never forget her name
Awak boleh cuba tapi awak takkan pernah lupa namanya

She's on top of the world
Dia di atas dunia

Hottest of the hottest girls say
Gadis paling panas daripada gadis-gadis paling panas berkata

Oh, we got our feet on the ground
Oh, kaki kita di tanah

And we're burning it down
dan kita sedang menghancurkannya

Oh, got our head in the clouds
kepala kita di awan-awan

And we're not coming down
dan kita tidak mengalah
This girl is on fire
This girl is on fire
She's walking on fire