Wednesday, April 8, 2020

SUBJECT dan OBJECT dalam Bahasa Inggeris Makna Lain?

So pelajaran kali ini mengenai subject dan object.


Apa yang kita faham mengenai subject dan object? Dalam Bahasa melayu mungkin mempunyai maksud yg lebih kurang sama. TAPI TIDAK kepada Bahasa inggeris.


SUBJECT dalam Bahasa inggeris bermaksud "YANG MEMBUAT"
OBJECT dalam Bahasa inggeris adalah "YANG MENERIMA PERBUATAN"
Sebelum object mesti ada perkataan yang kita panggil preposition.


Table ini menunjukkan subject (yang membuat) dan object (yang menerima perbuatan)





SO, kalau nak buat ayat dibawah macam mana?

Johan sepak bola itu kepada saya.
Johan kicked the ball to me (bukan to I)

Tak kira Object didepan atau di belakang ayat. Kita mesti kenal pasti siapa yang membuat dan siapa yang menerima perbuatan itu.

TIPS:
Sebelum OBJECT ada 2 perkara:

  1. Stative Verb
  2. Preposition


Ok?

BASE FORM.. Sama Dengan Present Tense? TAK PERCAYA?

Ok pelajaran yang seterusnya adalah BASE FORM. So as usual sebelum Sir explain apa itu base form dia akan tanya dulu. Ok class apa itu base form? >> Hi sir! peace! (if you are reading) tetiba..

Jadi apakah pengertian BASE FORM?

Base form tidak ditambah apa-apa iaitu root word dan digunakan utk Present tense. Haa Nampak?
Kita tak sebut present tense ye. Kita nak bagi clear kita sebut "BASE FORM" untuk perkataan yang tak tambah apa-apa imbuhan. Sebab dekat dalam otak orang melayu dah tertanam benda yang salah mengenai present tense iaitu yang sedang berlaku! Percaya tak? Tak percaya tak pe..

Contohnye BASE FORM run, clean, cook, wash, ride, drive etc.

Bila masa kita mesti guna bentuk BASE FORM? Ada lebih 15 jenis ayat kita WAJIB guna BASE FORM ya! dan ia bukan untuk yang sedang berlaku! No no no no.

So, MESTI guna base form bila kita nak cakap mengenai situasi dibawah:
  1. Kebiasaan, habit (for I/You/We/They) - He/She/It/Ahmad/3rd person singular guna S-FORM
    • i.e. 
      • I always drive to work
      • I wake up at 6am every morning
  2. Perbuatan berulang-ulang pada masa kini / sekarang (every night/every week/once in a while)
    • i.e.
      • I cook rice everyday
  3. Lumrah, sememangnya, kenyataan yang berkekalan dan benar 
    • i.e
      • They go to school by bus
  4. Bila menceritakan apa yang ditulis, diceritakan atau ditayang
  5. Bersama-sama "IF" - jika sesuatu itu begitu, maka..
  6. Jadual tetap - kebiasaannya - walaupun berlaku pada masa akan datang
  7. perkara yang akan berlaku bila satu perkara akan berlaku
  8. keadaan sekarang - melibatkan emotion and feelings
  9. Selepas "DO"
    • i.e.
      • Do you eat chicken?
  10. Selepas "DON'T"
    • i.e.
      • I don't go to clinic
  11. Selepas "DOES"
    • i.e.
      • Does she receive the letter?
  12. Selepas "DOESN'T"
    • i.e.
      • No, she doesn't receive the letter. 
  13. Menyuruh 
    • i.e.
      • Look! Do sit down! Come!
  14. Melarang
    • i.e.
      • Don't go there. 
  15. Memujuk
    • i.e.
      • Please let me go there.
  16. Merayu
    • i.e.
      • Please don't go.
  17. Memaksa 
    • i.e.
      • You must go to the wedding!
  18. Mengajak
    • i.e.
      • Let's go to the zoo!
  19. Stative Verb - perkataan perbuatan yg tak melibatkan pergerakan fizikal tetapi melibatkan emosi dan perasaan.
    • i.e. love, like, nervous
      • I love her
      • I like him
  20. Modal Verb
    • i.e. Shall, Must, Can, Can't, Will 
      • You shall go to your father's house
Banyak kannn? So jgn guna untuk yang sedang berlaku ya! salah besar sebab tiada pun dalam list di atas. Till we meet again! Wassalam.



Sunday, April 5, 2020

KAMUS oh KAMUS..Jangan Guna GOOGLE Translate!

Ok untuk melangkah setapak lagi kehadapan kita mesti tambahkan vocab dan pemahaman kita. Tak mungkin kita akan pandai kalau kita gunakan sumber yang tidak mampan.

Kalau kita nak jadi tukang masak yang mahir kita mesti belajar dengan yang dah pakar dalam bidang masakan kan. Kalau nak belajar bahasa pun sama kita mesti tanya kepada pakar bahasa. Baru kita akan dapat maksud yang tepat.

Oleh itu, mulai saat ini kalau nak belajar jangan sekali-kali gunakan google translate ya! sebab memang kita takkan dapat maksud yang betul-betul tepat. Jadi nak guna apa?

3 Jenis Kamus sahaja yang kita recommend pelajar-pelajar untuk guna:


  1. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  2. OXFORD - https://ms.oxforddictionaries.com/ 
  3. KamusPRO Apps
Macam aku nak mudah guna Apps KamusPro sahaja. Senang nak refer anytime. 

OK semua jangan guna yang lain yaa? Kenapa? Sebab yang tersenarai tu adalah pakar bahasa. Kita suggest guna DBP Satu organisasi yg memartabatkan bahasa melayu. Hasil cetakannya boleh diyakini sbb kita duduk kt Malaysia. Guna bahasa melayu. Ada lagi yang lain-lain tapi boleh guna mana-mana yang sesuai dengan diri anda. 

Google translate bukan pakar bahasa ya rakan-rakan! 

Semua mesti perasan kan kadang-kadang pelik-pelik yang dia translate? So still nak guna google translate ke? :) 

Oh ya, ini gambar apps untuk kamusPRO ya. 






3rd Person Singular...Intro to VERB S-FORM

Alright kita ke soalan seterusnya. Another soalan cepumas dari Sir.


So dia pun panggillah aku. So kiah. Apa itu 3rd person singular? What is 3rd person singular?
3rd person singular adalah "DIA" he/she/it DAN semua makhlok - benda, insan dan haiwan yg lain adalah "3rd Person", termasuklah:
  • This cat
  • That car
  • My Dad
  • Your Mom
  • This
  • That
  • This graph
  • That problem
Semua makhlok di atas ini - benda, insan dan haiwan yg lain selain dari "I dan YOU" adalah "3rd Person"

TUNGGU ada lagi tambahan..
all of these are "Singular"
Somebody, anybody, everybody and nobody
Something, anything, everything, and nothing
Someone, anyone, everyone, and no one
Juga "who".
Who (tak tahu siapa, bukan I, Bukan YOU... tak tahulah siapa ye)... Adalah "3rd Person Singular"

3rd person pulak ada 2 iaitu 3rd person singular dan 3rd person plural. Tapi kita focus kepada 3rd person singular sahaja dulu yer. Sebab dia ni bakal mengubah VERB kepada S-FORM. Iaitu VERB FORM yang pertama sekali kita nak belajar. Kena master PEACE ini dahulu baru boleh ke peringkat seterusnya ok.

Makhluk Allah mmg banyak. Semua benda, org dan haiwan di tujuh petala langit dan bumi kalau ianya satu adalah "3rd Perdon Singular." (Kalay beekumpulan banyak = 3rd person PLURAL.


Cuma seorg shj 1st person, iaitu "saya"

Cuma seorg shj 2nd person, iaitu "AWAK"

Yg lain (berjuta-juta makhlok) adalah 3rd Person Singular

Boleh??


So apa itu S-FORM? Next post pula ya kita nak solat isyak dulu. Assalam.




NOTE:
Cuma satu sahaja "1st person singular" iaitu "I"
Cuma seorang sahaja "2nd person singular" iaitu "you"







BOLEH? mudah kan nak ingat?

Apa itu VERB?

AWAS cara belajar Bahasa inggeris disini mungkin amat lain sekali dengan apa yang pernah dipelajari disekolah atau mana-mana.




Di sini kita nak supaya kita betul-betul faham selok belok Bahasa ni. So untuk faham mula-mula ni kita guna Bahasa melayu je ye dan kaedahnya pun amat berlainan sekali. Supaya mudah faham.




Sebab kalau cakap english pun kalau tak faham what's the point kan? Ha kan kak long dah membebel. Kita akan boleh cakap dengan betul dan yakin hanya bila kita faham. Kalau kita tak boleh cakap dengan yakin tu maknanya kita belum betul-betul faham lagi. Saranan sir? belajar dari awal dan fahamkan betul-betul.





 Ok mula-mula sekali aku belajar mengenali VERB. Well aku ingat aku tahu sangat maksud verb. Bila sir tanya aku. Dengan bangga jawab kata kerja atau perbuatan.


Betul tapi kurang tepat kalau nak betul-betul faham Bahasa inggeris. Jom kita berkenalan dulu dengan verb dengan lebih rapat.




Sebab apa?
Sebab setiap ayat Bahasa inggeris ni WAJIB ada VERB. Kalau tak ayat itu dikatakan ayat tergantung, tak lengkap atau ayat pua chu kang. Ingat ini sampai BILA-BILA ok?
1) Apa sebenarnya pengertian, makna dan konsep VERB ?


VERBS adalah perkataan-perkataan (dalam Bahasa Inggeris) yang menerangkan & menyatakan
  • perbuatan 
  • aktiviti
  • keadaan dan
  • kejadian
  • pergerakan
  • proses
  • situasi
  • aksi
So, verb bukan sahaja perbuatan ya dalam Bahasa inggeris. Verb tu juga aktiviti, aksi process pergerakan dll.




OK next sir tanya soalan kedua. Dia tanya mengenai VERB FORMS apa yang kita faham mengenai VERB FORMS. So....
2) Apakah yang dimaksudkan dengan "VERB FORMS"
Maksud kalau translate secara direct, Bentuk-bentuk VERB.


VERB ni boleh muncul paling banyak dalam 5 bentuk atau "5 forms", sebab tu korang akan jumpa, clean, cleaned, cleaning, cleans kan?




OK korang mesti akan cakap ni beza-beza dia adalah tenses kan. Present tense, etc. Tapi disini kita nak tukar minda kita kepada nama lain. Kita tak sebut present tense sebab banyak sangat salah penggunaan dan kefahaman kepada present tense ni.


So apa dia bentuk-bentuk VERB yang kita guna?
5 VERB FORMS:
  1. S-FORM (3rd person singular present simple)
  2. BASE FORM
  3. PAST FORM
  4. THE -ING FORM
  5. PAST PARTICIPLE FORM


Huraiannya kita ke next post yaa? Kita akan sentuh satu persatu mengenai verb form ni. Kan dah bagitau tadi setiap ayat Bahasa inggeris ni wajib ada verb kan so nak explain tu perlukan masa atleast 3 bulan ye. Assobru minal imann. :D




Alright! See you there! insyaaAllah.