Sunday, April 5, 2020

KAMUS oh KAMUS..Jangan Guna GOOGLE Translate!

Ok untuk melangkah setapak lagi kehadapan kita mesti tambahkan vocab dan pemahaman kita. Tak mungkin kita akan pandai kalau kita gunakan sumber yang tidak mampan.

Kalau kita nak jadi tukang masak yang mahir kita mesti belajar dengan yang dah pakar dalam bidang masakan kan. Kalau nak belajar bahasa pun sama kita mesti tanya kepada pakar bahasa. Baru kita akan dapat maksud yang tepat.

Oleh itu, mulai saat ini kalau nak belajar jangan sekali-kali gunakan google translate ya! sebab memang kita takkan dapat maksud yang betul-betul tepat. Jadi nak guna apa?

3 Jenis Kamus sahaja yang kita recommend pelajar-pelajar untuk guna:


  1. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  2. OXFORD - https://ms.oxforddictionaries.com/ 
  3. KamusPRO Apps
Macam aku nak mudah guna Apps KamusPro sahaja. Senang nak refer anytime. 

OK semua jangan guna yang lain yaa? Kenapa? Sebab yang tersenarai tu adalah pakar bahasa. Kita suggest guna DBP Satu organisasi yg memartabatkan bahasa melayu. Hasil cetakannya boleh diyakini sbb kita duduk kt Malaysia. Guna bahasa melayu. Ada lagi yang lain-lain tapi boleh guna mana-mana yang sesuai dengan diri anda. 

Google translate bukan pakar bahasa ya rakan-rakan! 

Semua mesti perasan kan kadang-kadang pelik-pelik yang dia translate? So still nak guna google translate ke? :) 

Oh ya, ini gambar apps untuk kamusPRO ya. 






No comments:

Post a Comment