Thursday, April 9, 2020

Apa Maksud "HAVE"

HAVE ada banyak juga makna.

Ya, banyak betul makna HAVE. Siapa yang jawab satu atau dua sahaja tmemang berarti English anda BELUM cemerlang. Kita nak memperkasakan bahasa Inggeris kita ke tahap yang lebih cemerlang.

Paling tidak, 4 pengertian HAVE mesti benar-benar diketahui:

1) Have BERERTI "Memiliki / mempunyai / ada"

  • I have a wife AND you have a husband
  • I haven't got a pen on me, saya tdk ada pen
  • His Majesty has twenty Rolls Royces, baginda memiliki dua puluh buah kereta Rolls Royce
  • they have lots of children, anak mereka banyak
  • they have high hopes for their children's future, mereka mempunyai harapan yg tinggi thdp masa depan anak-anak mereka;


2) Agar (ucapan/harapan – semoga!) Alamilah!

  • Have a nice time! have a good time!


3) Apabila HAVE bertemu dengan "TO" dan diikuti oleh satu VERB berbentuk BASE FORM, erti HAVE sudah berubah kepada. TERPAKSA/Mesti/PERLU/patut

  • I have to go but you have to stay
  • have to go to school today, saya mesti pergi ke sekolah hari ini
  • he doesn't have to work on Saturdays, dia tdk perlu bekerja pd hari Sabtu
  • the pilot had to land the plane at Kuantan, juruterbang terpaksa mendaratkan kapal terbang di Kuantan;


4) HAVE juga bererti MAKAN atau MINUM!

  • Let's have a drink. I have my breakfast at 8 am
  • have a cup of coffee before you go, minumlah secawan kopi sebelum kamu pergi; 
  • what did you have for breakfast?, kamu makan apa utk sarapan?;


5) SUDAH/TELAH

  • I have read that book, saya sudah membaca buku itu; 
  • the treaty has been signed, perjanjian itu telah ditandatangani; 
  • we have not received our salaries, kami belum menerima gaji; 
  • these books have just arrived from head office, buku-buku ini baru saja tiba dr ibu pejabat;


Selain dari itu mari kita rujuk KamusPRO apa makna HAVE yang lain:

6) jika, kalau(lah), andai kata:

  • had I only known you were coming, I would've prepared a room for you, kalaulah saya tahu kamu datang, akan saya sediakan bilik utk kamu;


7) experience, engage in,

  • I had a dream last night, saya bermimpi semalam; 
  • I'll have a talk with him, saya akan berbincang dengannya;


8) hold, mengadakan:

  • we'll have a special_meeting to discuss this problem, kita akan mengadakan mesyuarat khas utk membincangkan masalah ini;


9) be scheduled for, ada:

  • he has an appointment after this, dia ada janji temu selepas ini;


10) feel, think in a certain way,

  • she had doubts about his sincerity, dia meragui keikhlasan lelaki itu; 
  • have no fear, jangan takut;


11) receive, obtain, menerima, mendapat:

  • he had a letter from his son, dia menerima sepucuk surat drpd anaknya;

12) beat, gain advantage, mengalahkan:

  • had him in the first game, but he ended up winning, saya mengalahkannya dlm permainan yg pertama, tetapi akhirnya dia menang;


13) trick, deceive, kena tipu, tertipu:

  • if you paid $30 for those socks, you've been had, jika kamu membayar $30 utk stoking itu, kamu kena tipu;


14) accept, mahu, suka:

  • won't Have you speak to your father like that!, ibu tdk mahu kamu bercakap begitu kpd ayah!;


15) (request) meminta; (order) menyuruh:

  • I'll have Miriam type this letter tomorrow, saya akan menyuruh Miriam menaip surat ini besok
Wow. Jadi ada 15 makna HAVE menurut kamus PRO. Yes! Semuanya mesti di paktiskan dan mahir menggunakannya. Kalau tidak kita akan terpinga-pinga kenapa mat saleh ni guna have. Jadi mulai dari hari ini biasakan dan paktiskan setiap kegunaan HAVE ini ya! itupun kalau kita nak betul-betul berjaya.

No comments:

Post a Comment