Thursday, April 9, 2020

Apa makna IS/ARE/AM/WAS/WERE?

Ok sebelum kita jawab kita nak tanya dekat mana kita boleh cari makna satu-satu perkataan? Apa? Sapa jawab google translate tu? no no no.

Sebelum ni kita dah beritahu, ingat lagi tak yang kita tak boleh, nehiii, langsung tak dibenarkan untuk guna google translate ya kalau nak pandai english. Jadi sila guna apps KamusPRO di handphone masing-masing.

Jom kita check apa makna IS. jeng jeng jeng. apa yang kamusPRO beritahu?

Jom kita check apa makna ARE pula. jeng jeng jeng. apa yang kamusPRO beritahu?

Jom kita check apa makna AM pula. jeng jeng jeng. apa yang kamusPRO beritahu?

KamusPRO akan suruh rujuk "BE" kan? Eh, kenapa kena rujuk BE? Kerana maksud mereka semua itu adalah SAMA dengan "BE". Yes, Betul.

Jadi mari kita lihat makna "BE". Wahh, be mempunyai baaanyak makna! Ada lebih 20  makna ya. Sila senaraikan makna "BE" yang panjang berjela tu.

Kegunaan :

  1. Adalah/ialah
  2. Menjadi
  3. Merupakan
  4. Berumur, ukuran, berharga
  5. Ada
  6. Berada
  7. Terdapat
  8. Ada, wujud
  9. Terletak 
  10. Berlaku, berlangsung, diadakan
  11. Berada di sesuatu tempat
  12. Sedang
  13. Akan
  14. Sudah/ Telah (been) 
  15. Di-
  16. Ter-
  17. Berada dalam keadaan
  18. Harus, mesti, hendaklah
  19. Dapat, boleh
  20. Untuk
  21. Andai kata, seandainya, sekiranya
  22. Telah ditakdirkan


Bila nak guna IS/ARE/AM?

IS/ARE/AM wajib datang bila satu-satu ayat itu tiada VERB. Jadi kita wajib guna IS/ARE/AM pada keadaan dibawah:

1. Dengan NOUN
  • This IS A book
  • This IS A pen
2.  Dengan ADJECTIVE
    • The book IS interesting
    • It IS a cute teddy bear
3.  Dengan -ING
    • I am eating
    • She is laughing
4. Dengan -ED FORM
    • I am tired
    • I am amazed with his performance
5. Dengan PREPOSITIONS


NOTE: BE akan jadi VERB bila TIADA VERB dalam ayat

Kesimpulan mengenai IS-ARE-AM
  • Setiap ayat bahasa Inggeris yang lengkap sempurna dan betul mestilah ada sekurang-kurangnya SATU "VERB"

  • Kalau ayat itu tiada VERB, dia dianggap "tidak Lengkap" atau "tergantung" (tidak sempurna & BROKEN

  • Ayat yang tiada VERB tidak boleh dipanggil "AYAT" (=Sentence). Ia dipanggil PHRASE (Frasa). Tajuk buku, ucapan dll didapati TIADA VERB - maka TIDAK DINAMAKAN "AYAT"

  • Kalau sudah ada VERB walaupun satu, maka tepat dan sempurnalah ayat itu, tidak perlu apa2 lagi. Dah lengkap dah tu.

  • Kalau ayat itu TIADA VERB, maka untuk sempurna dan lengkapkannya, perlu ada "VERB TO BE"

  • IS ARE AM WAS dan WERE semua ini dinamakan VERB TO BE (berperanan menggantikan tempat VERB) dia hanya hadir dan digunakan cuma pada ayat yang TIADA VERB

No comments:

Post a Comment