Assalamualaikum…
Sebuah perjalanan untuk terus memperkasakan satu skill yang aku dah lama tak basuh. Aku nak "brush up" balik sebab makin lama aku rasa aku makin tak pandai untuk gunakan Bahasa ini. Grammar tunggang terbalik. Bahasa pua chu kang. Walaupun aku dah kerja 10 tahun dan almost gunakan Bahasa ni everyday di office semasa formal meeting. Tapi seperti Bahasa pasar. Aku nak gunakan ia dengan betul. To improve my ownself. To be a better person as a whole insyaaAllah.
Benarlah sesuatu yang kita tak bersungguh belajar dahulu dan tak gunakan sehari-hari kita tak dapat mahir dengan mendalam.
Aku nukilkan perjalanan aku belajar English dengan Sir di Kota Bharu bermula di musim COVID-19 ini. kelas online thru WhatsApp and ZOOM sahaja. Banyak menjentik otak aku semula yang sebenarnya banyak lagi selok-belok Bahasa ini yang aku tak tahu dan tak faham pun sebenarnya.
3 perkara yang aku nak tekankan kalau nak belajar apa-apa perkara sekalipun:
MINDSET
Buang rasa susah.
Kosongkan semula gelas.
Ini sangat penting. Sebab dengan mindset yang murni sahaja korang mudah untuk belajar.
Aku ambil masa bertahun-tahun lamanya untuk rasa English itu mudah. Itupun selepas aku belajar Bahasa Arab 2 tahun lepas. Semasa belajar walaupun kau rasa kau macam tahu tapi bukalah hati minda untuk terima apa sahaja yang kita terima. Lupakan ilmu lama kita yang kita ingat betul. Tapi rupanya salah besar!
NIAT
Niat sangat penting untuk menentukan hala-tuju selepas ini. Insyaa-Allah aku target nak buka pusat tuisyen Bahasa untuk berkongsi ilmu yang secebis cuma. mudah-mudahan menjadi saham aku diakhirat kelak. Aamiin doakan aku please.
SEMANGAT
Semangat kena membakar sehingga membara seperti hutan yg terbakar menyala cari satu perkara yang buatkan aku hari-hari sentiasa nak belajar.
So...nak belajar kena ada apa? Mindset, Niat, Semangat. Aku singkatkan MANIS. Nak belajar mesti ada MANIS! Ok? HOHO
Jom sama-sama belajar!
No comments:
Post a Comment