Sunday, April 5, 2020

Apa itu VERB?

AWAS cara belajar Bahasa inggeris disini mungkin amat lain sekali dengan apa yang pernah dipelajari disekolah atau mana-mana.




Di sini kita nak supaya kita betul-betul faham selok belok Bahasa ni. So untuk faham mula-mula ni kita guna Bahasa melayu je ye dan kaedahnya pun amat berlainan sekali. Supaya mudah faham.




Sebab kalau cakap english pun kalau tak faham what's the point kan? Ha kan kak long dah membebel. Kita akan boleh cakap dengan betul dan yakin hanya bila kita faham. Kalau kita tak boleh cakap dengan yakin tu maknanya kita belum betul-betul faham lagi. Saranan sir? belajar dari awal dan fahamkan betul-betul.





 Ok mula-mula sekali aku belajar mengenali VERB. Well aku ingat aku tahu sangat maksud verb. Bila sir tanya aku. Dengan bangga jawab kata kerja atau perbuatan.


Betul tapi kurang tepat kalau nak betul-betul faham Bahasa inggeris. Jom kita berkenalan dulu dengan verb dengan lebih rapat.




Sebab apa?
Sebab setiap ayat Bahasa inggeris ni WAJIB ada VERB. Kalau tak ayat itu dikatakan ayat tergantung, tak lengkap atau ayat pua chu kang. Ingat ini sampai BILA-BILA ok?
1) Apa sebenarnya pengertian, makna dan konsep VERB ?


VERBS adalah perkataan-perkataan (dalam Bahasa Inggeris) yang menerangkan & menyatakan
  • perbuatan 
  • aktiviti
  • keadaan dan
  • kejadian
  • pergerakan
  • proses
  • situasi
  • aksi
So, verb bukan sahaja perbuatan ya dalam Bahasa inggeris. Verb tu juga aktiviti, aksi process pergerakan dll.




OK next sir tanya soalan kedua. Dia tanya mengenai VERB FORMS apa yang kita faham mengenai VERB FORMS. So....
2) Apakah yang dimaksudkan dengan "VERB FORMS"
Maksud kalau translate secara direct, Bentuk-bentuk VERB.


VERB ni boleh muncul paling banyak dalam 5 bentuk atau "5 forms", sebab tu korang akan jumpa, clean, cleaned, cleaning, cleans kan?




OK korang mesti akan cakap ni beza-beza dia adalah tenses kan. Present tense, etc. Tapi disini kita nak tukar minda kita kepada nama lain. Kita tak sebut present tense sebab banyak sangat salah penggunaan dan kefahaman kepada present tense ni.


So apa dia bentuk-bentuk VERB yang kita guna?
5 VERB FORMS:
  1. S-FORM (3rd person singular present simple)
  2. BASE FORM
  3. PAST FORM
  4. THE -ING FORM
  5. PAST PARTICIPLE FORM


Huraiannya kita ke next post yaa? Kita akan sentuh satu persatu mengenai verb form ni. Kan dah bagitau tadi setiap ayat Bahasa inggeris ni wajib ada verb kan so nak explain tu perlukan masa atleast 3 bulan ye. Assobru minal imann. :D




Alright! See you there! insyaaAllah.




No comments:

Post a Comment