Wednesday, April 22, 2020

-ING FORM

Ok jom kita ke form yang menjadi kegemaran ramai rakyat malaysia. haha

Bila kita nak guna ING FORM? Dalam post ni kita nak dedahkan 6 tempat yang wajib kita guna -ING FORM

Ing form digunakan pada

1- Sedang berlaku (is am are + ing)
I am smilling
I am eating
She is eating
They are playing

Nak tanya sikit dimana sedang dekat ayat ini? Tolong jangan cakap -ing tu yang maksud sedang ye. Yang bermaksud sedang disini adalah IS/ARE/AM yang bermaksud sedang. Kalau tak percaya sila lihat post mengenai IS/ARE/AM yang lepas. IS/ARE/AM ada lebih 20 maksud! Salah satunya SEDANG.

2- Akan berlaku
We are going to langkawi this evening
I am going to Perth tomorrow

3- Verb menjadi nouns
Swimming is good for health
Singing is my hobby but travelling is your hobby ,
I like reading magazines
Minah likes cooking

4- ing menukar verbs menjadi adjectives (kata sifat / jenis apa ?)
Please give me some cooking oil
I like this new machine
I like this washing machine
I need some drinking water

5- ing after preposition (kata sendi - at, on,in from, for,with ,to ,under ,beside menerangkan dimana ia berada)

She is good at speaking English
Thank you for asking
Thank you for coming
We will go after reading this book

NOTE: selepas preposition juga akan mengubah subject berubah menjadi objek (sila check tajuk preposition)

6- slps verb yang kedua pada satu ayat
I enjoy dancing
I like swimming

SUMMARY:

  • Ing menyebabkan verbs menjadi adjective/Noun
  • Ing tidak semestinya bererti sedang berlaku
  • Ing form=present continous tense
  • Mesti ingat S-FORM adalah wajib untuk 3rd person singular (She is, She likes etc)

Apa itu ADJECTIVES? Bila nak guna?

Kita nak mendalami ilmu adjectives pula ya. Adjectives menerangkan rupa, bentuk dan sifat sesuatu benda (noun).

This is a new car
I need a pretty lady

Ada lebih kurang 10-12 syarat-syarat khas untuk adjectives yang wajib kita ketahui sebelum kita boleh betul-betul menguasai bahasa ini:

1- Kalau ayat tu mmg FOKUS kepada "sifat", MESTI ada verb-to-be (IS/ARE/AM)
This IS A big house.

2- adjective MESTI SEBELUM NOUN
That is a bad dog
That is a dog bad

3- adjective ada yg original (small, good, nice)
dan ada yg dicuri dari verbs/nouns dgn meletakkan suffixes atau prefixes:
This is an interesting lesson
This active boy is smelly

4- elok sentiasa letak Adjective sebelum NOUN untuk menaiktaraf ayat anda menjadi lengkap, hebat dan gemilang:

I am a woman
I am a pretty and rich man

5- Kalau djective pula wajib ikorder of adjectives
Determiner
Opinion
Size
Shape
Age
Colour
Origin
Material
Purpose

6- Adjective boleh dihiasi oleh "intensifier"*

very, quite, so, too, enough dll

That is so good
that is good enough
She is so beautiful

7- Boleh tak selepas modal verb letak adjective?
terus letak tak boleh ya! Macam she CAN GO, you MAY GO selepas modal verb mesti verb sahaja.
TAPI boleh guna adjective jika letak BE (bererti JADI) jika ambil alih tempat verbs

can be - boleh jadi
may be - mungkin jadi (lain dari maybe *yang rapat - yang bererti mungkin)
shall be - wajib jadi

I may be late next year; I may be wrong
She can be fat next week
He can be wet
We must be careful;

Don't be bad
be good
Let's be happy
Please be here

8- Boleh ganti BE dgn GET, GO, GROW, TASTE, SMELL, LOOKS, SEEM (dapat, pergi, rasa, berbau etc)
Ini dipanggil LINKING VERB

This food tastes bad
Everyday she gets hungry

9-..
10-...

So apa lagi yang kita perlu tahu dengan adjectives?

Latihan:

I will be proud with you tomorrow if you can be good tonight
This food will be soft tomorrow

Saturday, April 18, 2020

Ada 30+ Tempat Tak Boleh Guna THE. Jom Tengok!

Sebelum ini kita dah belajar mengenai THE dan dimana kita perlu gunakan THE. Hari ini kita nak tengok bila kita tak boleh guna THE:

1- Pada nama orang tak boleh guna THE
Please give this to the Osman

2- Nama alamat
I live at the 53 jalan 4/3

3- bandar
The Kuala Lumpur

4- jalan
Please go to the jalan ampang

5- nama negeri/negara
I am from the Malaysia
kecuali 5 negeri/negara

  • The united state of America
  • The philipines
  • The united kingdom

6-nama bangunan yang bermula dengan nama orang atau disebut dengan bahasa melayu
Let's go to the Dataran Merdeka

7- tidak digunakan untuk perniagaan yang tidak ditulis dengan SHOP, MARKET, SUPERMARKET
I am going to the tesco

8- tidak boleh guna the untuk SEMUA hari perayaan
depavali bukan the depavali
hari raya bukan the hari raya
hari ibu bukan the hari ibu

9-bahagian-bahagian hari tak boleh guna the
after school
lunch time

10-tak boleh guna pada nama gunung
the gunung kinabalu

11-tak boleh guna pada nama tasik
tasik kenyir bukan the tasik kenyir
tetapi banjaran gunung kene letak the
in the pacific ocean
disini the - tiada erti

12- Tidak boleh digunakan pada nama hari
on the monday

13- Tidak boleh guna pada nama bulan
in the may 2020

14-tidak boleh guna pada tahun
in the 2020

15- tidak boleh digunakan pada nama singkatan persatuan yg dibaca terus
she is a member of the PAS but her husband is a member of the UMNO

16- tidak boleh digunakan pada nama singkatan perniagaan/stesyen
we are going to the RTM, TV3 etc

17- TIDAK BOLEH GUNA A,AN and THE pada benda-benda yang bersifat umum (tidak khas dan tidak dinyatakan terlebih dahulu)
Balls are round / ..........The ball are round
Houses are far from here
There are tigers in the forests

18- tidak boleh digunakan pada berada di........(be at, be, in)
he must be at the school

19- tidak boleh digunakan pada pergi dengan........
i go to school by the bicycle

20- tidak boleh digunakan pada nama institusi
he's in the church, she's in the college

21- tidak boleh digunakan pada waktu-waktu makan
i want to eat the breakfast, he takes the dinner by himself

22- tidak bolehh guna pada waktu-waktu
we travelled mostly by the night or by the noon.

23- tidak boleh guna pada nama penyakit
he's suffering of the pneumonia

24- tidak boleh digunakan pada permainan (games)
they play the football or the tennis every evening

25- tidak boleh digunakan pada mana-mana bahasa
she speaks the english

26- tidak boleh guna pada musim (season)
we went to japan in the winter

27- tidak boleh guna pada mana-mana majalah/magazines
we read the mangga

PREPOSITIONS

Hari ini kita ada tugasan.

Cari semua makna prepositions ini dalam kamus pro. Setiap ayat memang banyak gunakan prepositions.

Ali pergi ke sekolah dengan menaiki bas.
Ali goes to school by bus.

Selagi kita tak faham betul-betul prepositions ni kita susah nak bercakap dalam satu-satu bahasa.

Jadi faham betul-betul apa makna prepositions dibawah.

Kita mungkin akan bahagikan prepositions ini kepada beberapa posts supaya kita betul-betul faham apa maksud prepositions ini.

Sebelum itu pastikan sudah cari semua makna-makna prepositions ini ya!

Semoga berjaya.




Thursday, April 16, 2020

English Wajib Letak "DETERMINERS" Sebelum NOUN

Semua benda, makhluk, tempat, insan dan binatang dan juga "konsep/idea" adalah NOUN


  1. dan MESTI dikira dulu sebelum sebut. 
  2. Juga mesti ada determiners penentu "yg mana satu yg dimaksudkan"
  3. KECUALI ayat umum yg menunjukkan keseluruhan i.e. carS are expensive bukan car is expensive. S tu adalah determiners. i.e. girlS are beautiful. WAJIB ada atleast determiners untuk plural. Ada 2 cara sahaja untuk ayat umum. 
    1. A tiger is in A forest
    2. TigerS are in forestS
    3. What is your hobby? My hobby is reading bookS! bukan book ye.
Ada 10 jenis determiners (penentu):

  1. Articles (barang-barang)
    1. An
    2. The
  2. Quantifier (pengkuantiti)
    1. some
    2. any
    3. much
    4. few
    5. little
    6. a lot
  3. Numbers
    1. one
    2. two
    3. three
  4. Possessives (Pemilikan)
    1. my
    2. your
    3. his
    4. her
    5. their
    6. our
    7. its
  5. Demonstratives (Menunjukkan)
    1. this
    2. that
    3. these
    4. those
  6. Ordinals (nombor urutan)
    1. first
    2. second
    3. third
    4. last
    5. next
  7. Predeterminers
    1. All
    2. Both
    3. All of
    4. Such
    5. Quite
    6. Rather
  8. Distributives (Beragihan)
    1. Each
    2. every
    3. neither
    4. either
Siapa boleh share lagi 2 tu apa?


Monday, April 13, 2020

NOUN 2 - Countable dan Uncountable

Semasa NOUN Siri 1 kita ada sentuh mengenai NOUN ada 2 jenis iaitu Countable and Uncountable.

Untuk Countable ada singular dan plural TAPI untuk uncountable TIADA plural ya!

Lepas tu ada juga perkataan-perkataan uncountable noun ni yang kita perlu familiar macam furniture. Yes, furniture adalah category uncountable ya sis dan bro sekalian, sebab tu TIADA dan tak wujud furnitures. Dia uncountable jadi tiada plural. Begitu juga equipment, clothing, failure, content etc.

Tetapi ada juga noun yang wujud 1 bentuk sahaja contohnya wujud dalam bentuk singular sahaja iaitu scissors TIDAK wujud scissor ye. News pun sama.

Ada lagi syarat lain untuk NOUN ni iaitu setiap NOUN kita wajib letakkan determiners. Apa itu determiners? Penentu? Penentu jodoh kita ke? ;D

Tanpa determiners ini english kita akan bertaraf sedikit kelakar.

Summary kan dahulu.

Countable noun

  • Ada singular (determiner: a/an)
  • Ada plural (determiner: many/a few/no *100 mice)
    • Ada 9 jenis plural pula ;D
      1. +S (regular) - bags, books, dogs
      2. +S (end with vowel Y) - days, boys
      3. +S (end with vowel O) - radios, pianos
      4. +ES (end with vowel O) - copies, heroes, echoes
      5. +ES (end with S,CH,SH,X,Z) - boxes 
      6. +VES - leaves
      7. +IES (end with Y) - cities, babies, stories, parties, countries
      8. Irregular form - children, men, mice, people
      9. tiada perubahan - deer, sheep

Uncountable noun

  • Singular form sahaja (determiner: some/any/much/little/a lot of/no/expression *a glass of water)
  • Tak wujud plural form

Detail cerita determiners akan bersambung. Determiners for Singular and Plural. Kita masterkan dahulu cerita noun. OK?



Apa makna DO/DOES yang SEBENAR?

Ok untuk kesekian kalinya mari kita buka kamusPRO ya untuk check apa makna DO/DOES ni.

Jangan sekali-kali guna google dah ye. Kita kena biasakan diri guna kamusPRO everytime without fail OK? Baru boleh maju selangkah kedepan.

1- adakah
Does she go to school today? Adakah dia pergi ke sekolah hari ini?
Do you understand? Adakah kamu faham?
Do you smoke?

2- Bilakah? (with "when")
When did he go? Bilakah dia pergi?

3- kenapakah (with "why")
Why did he leave the company? Kenapakah dia meninggalkan syarikat ini?

4- Apakah (with "what")
What did the girl say to the old man?

5- Tidakkah
Didn't he tell you?

6- Untuk menjawab soalan verb yang negatif
Q: Does he join the club?
A: No, he doesn't join the club

7- Memang (in a positive way)
Yes, I do. Ya, Saya memang.
I did see him just now. Saya memang jumpa dia tadi.

8- Silalah
Do have some cakes. Silalah makan kek

9- Do + Verb = Verb + lah
Do call when you arrive there, telefonlah apabila kamu tiba di sana

10- Jangan
Don 't play the fool with him, jangan main-main dengannya

11- act, carry out buat, lakukan
he'll do as he is told, dia akan buat spt yg disuruh
I have too much to do. terlalu banyak yg hendak saya lakukan
what are you going to do after college? apakah yg akan kamu lakukan selepas tamat kolej?

12. progress, berjalan
our catering business did badly last year, perniagaan katering kami jatuh dgn teruk tahun Iepas
mother and child are doing well, ibu dan anak beransur sihat
his children are doing quite well in the new school, kemajuan anak-anaknya agak baik di sekolah baru itu

13. suffice, memadai, cukup
this room won't do it's too small, bilik ini tdk memadai km terlalu kecil
this box will do for a table, kotak ini memadailah sbg meja
a slice of bread will do for me. sekeping roti memadai utk saya

14. be suitable, sesuai
these clothes won't do for skiing, pakaian ini tdk sesuai utk bermain ski

15. (as substitute for the verb)
Do you feel better now?" "I —", "adakah kamu berasa sihat sekarang?" "Ya"
"did he write to you when he was in the States?" "Yes, he did," "adakah dia menulis surat kpd kamu semasa dia di Amerika?", "Ya, ada"
"did he come?" "He didn't," "adakah dia datang?" "Tidak"

16. (to make question tags) bukan, kan
you don't know him do you?, awak tak kenal dia, kan?; 

17. apa... buat (what + doing)
what is that policeman doing here? apa polis buat di sini?
what is his passport doing in my bag? apa pasportnya buat dlm beg saga?

18. carry out, perform, membuat, melakukan
he does his work well, dia membuat kerjanya dgn baik
to do a good deed, membuat amalan baik

19. menjalankan; (homework) MEMBUAT
the children did their homework on their own, budak-budak itu membuat kerja rumah mereka sendiri-sendiri

20. cause to happen, buat, melakukan; (of non-living things) TERJADI
what has he done to you? apakah yg telah dilakukannya thdp kamu?
look what the storm had done to the crops! lihat apa yg terjadi pd tanam-tanaman akibat ribut itu. 

21. (used with "ing" form of verb) meN + base (+ approp n)
he'll 'do the cooking, dia yg akan memasak
who'll do the washing? siapakah yg akan mencuci pinggan mangkuk?

22. produce, make, [various translations]
to do a biography of the President, menulis biografi Presiden
to do a translation of the text. membuat terjemahan teks itu or menterjemahkan teks its

23. solve, membuat, menyelesaikan: 
he is unable to do even the simple sums, dia tdk dapat menyelesaikan kira-kira yg muda sekalipun

24. put in order, arrange, a. (hair) mendandan b. (flowers) menyusun; c. (room) mengemas

25. clean, membasuh, mencuci; (teeth) memberus, menggosok
to do the dishes, membasuh pinggan mangkuk; 

26. cook, memasak
to do the meat a little longer, memasak daging itu lama sedikit

27. visit, go round, melawat
we can't do Penang Island in one day, kita tdk boleh melawat Pulau Pinang dlm sehari

28. impersonate, berlagak sbg
he did Charlie Chaplin very well dia berlagak sbg Charlie Chaplin dgn cukup baik

29. traverse, cover, BERJALAN
to do 50 km a day on foot, berjalan kaki sejauh 50 km sehari; 

30. travel at a speed of, BERGERAK SELAJU
this car can do 150 kph, kereta ini boleh bergerak selaju 150 kmsj

31. study, a. (at school) mempelajari
we did Shakespeare in secondary school kami mempelajari Shakespeare semasa di sekolah menengah; 

FOOT NOTE: 
Yang paling paling paling penting nak menyoal yang ada verb mesti ada "DO/DOES" WAJIB ok!
DAN WAJIB juga selepas DO/DOES/DID/DOESN'T wajib dalam bentuk BASE FORM

Contoh yang biasa kita Salah:
Arahan mana yang awak benci? Which instruction DO you hate? 
NOT which instruction that you hate!